Setelah melihat beberapa gambar pelakon dan set penggambaran, filem adaptasi daripada video game keluaran Capcom ini akhirnya sudah mempunyai tarikh keluarnya ke pawagam. 

Filem Monster Hunter akan dapat kita semua tonton di pawagam pada 4 September 2020, seperti yang disahkan oleh Exhibitor Relations Company melalui laman Twitter (via IGN).

Bulan November lalu, Sony telah berkongsikan gambar set penggambaran yang lebih meyakinkan setelah beberapa gambar sebelum itu dikeluarkan yang mengelirukan. Dalam gambar tersebut, dapat dilihat Tony Jaa yang menghunus Giant Jawblade dengan pakaian lebih dekat dengan dunia Monster Hunter! Milla Jovovich juga memakai pakaian yang seakan-akan armor set Odogaron.

Apa yang akan diceritakan dalam filem ini nanti? Terdapat sebuah dunia lain di balik dunia kita. Dunia itu dipenuhi raksasa berbahaya dan berkuasa. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan pasukannya tersadai di dunia asing tersebut, mereka perlu mempertahankan diri daripada makhluk-makhluk yang tidak lut akan senjata-senjata moden mereka. Untuk itu, Artemis perlu bekerjasama dengan lelaki misteri (Tony Jaa) yang menggunakan senjata ditempa dari bahagian badan makhluk-makhluk tersebut.

JomKomen!