in ,

Filem Monster Hunter: Beberapa Gambar Pertama Di Set Penggambaran Dikongsikan

Filem adaptasi Monster Hunter kini sedang giat menjalani penggambaran. Sejak beberapa hari yang lalu ini, beberapa keping gambar di set penggambaran telah dimuatnaik oleh para pelakon dalam filem ini. 

Korang boleh lihat gambar-gambar tersebut di bawah:

Kalau kita lihat melalui beberapa gambar ini, mungkin tiada kelihatan aura Monster Hunter seperti yang ada dalam game-nya. Tetapi, pelakon utamanya, Milla Jovovich mengatakan yang filem ini akan membawakan beberapa senjata dan gear tradisional yang selalu kita gunakan dalam game tersebut, seperti Slinger.

Antara barisan pelakon yang telah didedahkan sebelum ini ialah Milla Jovovich, T.I. Harris, Ron Perlman dan pelakon seni beladiri tersohor dari Thailand, Tony Jaa, serta akan diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Penggambaran filem ini telah bermula pada bulan Oktober lalu di Afrika Selatan.

Jovovich akan memegang watak sebagai Artemis, manakala Tony Jaa pula akan menjadi antara watak utama dalam filem ini, dikenali dengan mudah sebagai The Hunter.

Terima kasih, Siliconera.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Valve Sedang Bangunkan Sistem VR? Game Half Life Berikutnya Mungkin Adalah Game VR?

Pencalonan The Game Awards 2018 Diumumkan! Undi Game Kegemaran Korang!