Filem Inception Akan Ditayangkan Dalam Fortnite Pada Jumaat Malam Ini

Seperti diumumkan sebelum ini, Epic Games akhirnya berkongsikan butiran tentang tayangan filem-filem Christopher Nolan dalam Fortnite.

Program ini cukup istimewa. Terdapat tiga pilihan filem arahan Christopher Nolan yang akan ditayangkan dalam Fortnite — iaitu sama ada Inception, Batman Begins, atau The Prestige.

Setiap negara akan ditayangkan salah satu daripada tiga pilihan filem ini. Malah, setiap negara akan memiliki waktu tayangan yang berbeza. Iyalah, takkanlah mereka nak tayangkan secara serentak di seluruh dunia, pasti akan ada zon waktu yang ditayangkan pada tengah malam buta. Siapa nak tengok, ya tak?

Oleh itu, untuk para pemain di Malaysia, Fortnite akan menayangkan Inception. Waktunya ialah pada 26 Jun ini (Jumaat), 8 malam (waktu Malaysia).

Macam mana nak tonton filem ini nanti? Apabila korang masuk ke dalam Fortnite dan pilih Battle Royale, korang perlu tukar mode ke Party Royale, kemudian barulah tekan ‘Play’. Apabila korang sudah masuk ke dalam map, pergi ke lokasi yang ditandakan seperti di bawah:

Apa yang lebih menarik ialah Fortnite akan turut menyediakan sarikata untuk filem ini nanti. Untuk tutup atau buka sarikata, pergi ke Settings > Audio > Subtitles. Dari situ korang boleh ubahsuai saiz teks, warna teks dan lain-lain.

Jadi, pergi beli popcorn sekarang, ajak kawan-kawan semua, dan tonton filem Inception arahan Christopher Nolan bersama-sama dalam Fortnite!

JomKomen!