Bulan lalu, kita telah mendengar tentang filem Gran Turismo yang sedang dibikin oleh Sony. Terkini, kita telah mendapat beberapa butiran tambahan.
Filem Gran Turismo dijadualkan akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2023, lapor Deadline.
Deadline turut melaporkan sinopsisnya, iaitu: “Berdasarkan kisah benar, filem ini merupakan kisah impian menjadi kenyataan daripada seorang pemain remaja Gran Turismo yang mana kemahiran gamingnya memenangi beberapa siri kejohanan Nissan sehingga menjadi pemandu kereta lumba profesional sebenar.”
Daripada sinopsis ini, kita dapati bahawa filem ini menceritakan kisah benar salah seorang pemain yang pernah menyertai GT Academy — sebuah pertandingan yang dianjurkan Sony, ditaja oleh Nissan, berlumba dalam siri game Gran Turismo untuk menjadi pelumba sebenar.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Neill Blomkamp dikatakan akan mengarah filem ini. Antara filem yang pernah beliau arahkan sebelum ini ialah District 9, Elysium, Chappie dan Demonic.
Comments
Loading…