in , ,

Filem Ghost of Tsushima Kini Dalam Pembikinan Oleh Sony Bersama Pengarah John Wick

Filem Ghost of Tsushima kini berada dalam pembikinan oleh Sony Pictures dan PlayStation Productions, lapor Deadline dan kemudian disahkan sendiri oleh Sucker Punch.

Apa yang lebih mengujakan adalah ia akan diarahkan oleh pengarah filem-filem John Wick, Chad Stahelski. Memikirkan aksi yang telah disajikan dalam John Wick serta pertarungan Samurai dalam Ghost of Tsushima, ia sudah cukup membuatkan kita semua tidak sabar menantikannya.

Tentunya, produksi filem ini masih lagi dalam fasa awal dan mereka masih belum mendedahkan sebarang info lanjut.

Dalam kenyataan yang sama, Sucker Punch turut mendedahkan yang game open-world berlatarbelakangkan zaman feudal Jepun yang dibangunkan mereka itu telah berjaya terjual lebih daripada 6.5 juta unit.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, daripada keseluruhan pemilik Ghost of Tsushima, lebih separuh daripadanya telah menamatkan jalan cerita utamanya — satu pencapaian yang cukup memberangsangkan memandangkan kebanyakan gamer sering sukar untuk menghabiskan sesebuah game open-world.

Sony Pictures dan PlayStation Productions nampaknya begitu rancak menerbitkan game-game mereka kepada filem dan siri televisyen. Selepas Uncharted dan The Last of Us, kini Ghost of Tsushima pula.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Easter Egg Baru The Last of Us Part II Ditemui Dalam Uncharted 4

Game Pertempuran Kung Fu, Sifu Keluarkan Trailer Baru, Juga Beberapa Info Lanjut