in , , , , , , ,

Filem Fortnite Dilaporkan Sedang Dipertimbang Oleh Epic Games

Epic Games kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membikin filem Fortnite, lapor The Information (via VGC).

Laporan ini menyatakan bahawa Epic kini sedang meneliti cara-cara baharu untuk mengembangkan jenama-jenama mereka pada ketika cita-cita mereka dalam ruang mobile game sedang disekat oleh Apple dan Google.

Seperti yang kita tahu, perbalahan undang-undang antara Epic dengan Apple masih berjalan, di mana sebelum ini Epic telah mendedahkan yang mereka tidak akan membawa masuk semula Fortnite ke dalam App Store milik Apple selagi perbicaraan di mahkamah itu belum berakhir, yang mana ia dijangka bakal berlanjutan untuk beberapa tahun lagi.

Dalam tahun ini sahaja, Epic telah melantik beberapa eksekutif dari Lucasfilm, antaranya Jason McGatlin, yang sebelum ini merupakan antara penerbit eksekutif untuk filem-filem Star Wars terbitan Disney.

Sama ada Epic benar-benar akan membuat keputusan untuk meneruskan pembikinan filem Fortnite atau tidak, sama-samalah kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Adaptasi Squid Game? Netflix Tak Tolak Kemungkinan

PS5 Akan Muat-Naik Secara Automatik Screenshot, Klip Video Ke Telefon Melalui PlayStation App