in , , ,

Filem Death Stranding Tidak Akan Mengikut Filem Blockbuster, Menurut Hideo Kojima

Adaptasi dari video game ke filem live-action sering mahu menjadi blockbuster. Tapi tidak bagi filem Death Stranding, menurut pengarah game, Hideo Kojima. Beliau tidak mahu mengikut jejak langkah yang sama.

Kojima mahu filem Death Stranding mempunyai nilai seni yang tinggi daripada memfokuskan kepada filem bajet besar blockbuster.

Apabila beliau bercakap dengan IGN, pengarah itu mendedahkan Hammerstone Productions berkongsi visi yang sama dengannya dalam menjayakan adaptasi filem Death Stranding.

Kojima menerima banyak panggilan dari pihak-pihak penting di Hollywood bermula tahun lepas untuk membincangkan banyak projek dan bukan sahaja mengenai Death Stranding.

Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

Namun beliau menolak banyak tawaran kerana objektifnya bukan untuk menghasilkan filem blockbuster. Oleh sebab itu Kojima menerima Alex Lebovici dari Hammerstone Studios kerana mereka berdua berkongsi visi yang sama.

Keuntungan juga bukan fokus utama Kojima. Menghasilkan filem yang mempunyai nilai seni tinggi adalah keutamaannya. Beliau berkata Alex Lebovici ialah individu yang sesuai untuk menghasilkan filem Death Stranding.

Barbarian (2022)

Alex Lebovici merupakan produser eksekutif untuk filem seram tahun 2022 iaitu Barbarian. Sebuah filem yang tidak mempunyai bajet produksi yang besar.

Satu lagi perkara yang ditekankan oleh Hideo Kojima adalah beliau tidak mahu filem Death Stranding sama seperti versi video game. Beliau tidak mahu mengulangi kesilapan sama seperti kebanyakan video game yang diadaptasi menjadi filem.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Game Bulanan PlayStation Plus Januari 2023 – Star Wars Jedi: Fallen Order, Fallout 76, Axiom Verge 2

Game Buatan Malaysia Kini Percuma Di Epic Games Store – Eximius: Seize the Frontline