in , , ,

Filem Death Stranding Secara Rasmi Sedang Dalam Pembikinan, Kojima Sebagai Produser

Kojima Productions dan Sony baru-baru ini mengumumkan Death Stranding 2 sedang berada dalam pembangunan untuk PS5. Tapi bukan itu sahaja perkembangan francais ini — adaptasi filem juga sedang berada dalam pembangunan.

Menurut Deadline, pembangunan filem sedang berjalan baik dengan Hideo Kojima bertindak sebagai produser bersama dan bekerjasama dengan Alex Lebovici menerusi Hammerstone Studios. Kojima Productions US dan Allan Ungar akan menjadi produser eksekutif dengan filem itu dibiayai sepenuhnya oleh Hammerstone.

Jangan Tonton Trailer Pelancaran Death Stranding Kalau Nak Elakkan Spoiler Kerana Ianya Hampir 8 Minit

Telah disahkan bahawa filem itu akan menampilkan barisan karakter baharu dan plot yang tiada dalam versi video game. Walau bagaimanapun masih tiada kenyataan rasmi dibuat mengenai siapa yang akan mengarah dan siapa yang menulis skrip.

Maklumat mengenai para pelakon juga masih belum diumumkan. Walaupun dalam versi video game, ia menampilkan barisan pelakon Hollywood terkenal seperti Norman Reedus, Lea Seydoux, Mads Mikkelsen, Lindsay Wagner, Guillermo del Toro, Tommie Earl Jenkins, dan Margaret Qualley, tidak pasti sama ada mereka akan kembali melakonkan watak mereka dalam adaptasi filem nanti.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Henry Cavill Secara Rasni Terlibat Dengan Adaptasi Universe Warhammer 40,000 Untuk Amazon

Siri TV God of War Secara Rasminya Diumumkan Amazon Prime Video