Sudah menjadi lumrah, kebanyakan filem buatan peminat (fan-made) sukar untuk menjadi sebuah karya yang bagus. Tapi, ini mungkin sesuatu yang korang perlu ambil perhatian.
Filem yang digelar Cyberpunk 2077: Phoenix Program ini diarahkan oleh Vi-Dan Tran, antara individu yang pernah terlibat dalam bahagian lagak ngeri dalam filem 6 Underground. Trailer pertama telah dimuatnaik di Youtube, dan ia memaparkan pertarungan Johnny Silverhand (watak Keanu Reeves kalau dalam game) yang penuh aksi.
Paling menarik ialah ia telah mendapat pujian daripada CD Projekt Red sendiri, pembangun game Cyberpunk 2077, dan dimuatnaik semula di akaun Twitter rasmi game itu. Rata-rata peminat yang menonton trailer ini juga turut menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk melihat lebih banyak daripada filem ini.
How awesome is this?!
Action movie director @ViDanTran teamed up with a group of amazing cosplayers (including our friend @maul_cosplay!) to create a Cyberpunk 2077 fan film!
Check it out for yourself – they just released their first teaser (and we can't wait to see more): pic.twitter.com/IsOEkatypk
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) May 9, 2020
Tiada tarikh didedahkan lagi bilakah filem pendek ini akan dikeluarkan.
Game Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 17 September 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.
Comments
Loading…