Jom layan trailer Resident Evil: Vendetta yang mengetengahkan watak-watak kegemaran ramai seperti Chris, Leon dan Rebecca!
https://youtu.be/myTsKx3SJv0
Resident Evil: Vendetta ini sedang dibangunkan oleh Capcom bersama-sama Marza Animation Planet dan berlaku antara kisah bagi Resident Evil 6 dan Resident Evil 7. Filem CGI ini diarah oleh Takanori Tsujimoto dan ditulis oleh Makoto Fukami.
Dalam filem ini, Chris Redfield, Leon S. Kennedy dan Rebecca Chambers akan cuba menghalang Glenn Arias daripada menyebarkan Trigger Virus di bandar New York.
Resident Evil: Vendetta dijadualkan akan menemui peminat sekitar bulan September nanti.
Comments
Loading…