Lionsgate telah mengumumkan sebuah filem terbaharu yang bakal mengadaptasi siri video game shooter terkenal yang dibangunkan Gearbox Software, iaitu Borderlands.

Filem Borderlands ini akan diarahkan oleh Eli Roth, serta Avi Arad dan Ari Arad bertindak sebagai penerbit. Skrip pula akan ditulis oleh Craig Mazin.

“Saya teruja untuk membawakan tenaga saya, idea, dan visi yang luas, menghiburkan dan dunia kreatif yang tidak berpenghujung daripada game ini,” kata Eli Roth dalam satu kenyataan.

“Randy Pitchford dan semuanya di Gearbox memberikan sokongan padu kepada idea saya — ia terasa seperti ribut yang sempurna yang mengumpulkan pencipta bersama. Kami akan membikin satu klasik yang baharu, yang mana ia akan disukai oleh peminat game ini, tetapi juga akan menarik audiens baharu secara global.”

Antara filem terkenal yang pernah diarahkan oleh Roth ialah Cabin Fever dan Hostel.

Pada ketika ini, tiada waktu tayangan yang diumumkan.

Sumber: IGN

JomKomen!