Kita telah dikejutkan dengan francais Mortal Kombat akan mempunyai filem animasi. Pada awal pendedahan ini, ramai yang menjangkakan animasi ini, seperti kebanyakan animasi lain, akan boleh ditonton oleh kanak-kanak.
Tapi ternyata jangkaan awal itu silap. Seperti sejak azali Mortal Kombat itu dicipta, filem animasi ini, berjudul Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge, juga akan membawakan unsur-unsur ganas dan tidak sesuai untuk tontonan umum, atau dalam kata lain ia adalah ‘Rated-R’.
Perkara ini disahkan oleh pencipta bersama siri Mortal Kombat iaitu Ed Boon melalui akan Twitternya. Beliau memuatnaik gambar logo Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge dengan label ‘R-Restricted’.
What do all these films have in common?
– Joker Movie
– Killing Joke animated film
– Mortal Kombat animated film pic.twitter.com/t3XpnwFuJe— Ed Boon (@noobde) January 24, 2020
Semestinya ia satu keputusan yang tepat untuk mengekalkan unsur ganas dalam filem animasi ini, yang mana ia sentiasa ada dalam francais Mortal Kombat.
Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge akan ditayangkan sekitar separuh tahun pertama 2020. Buat masa ini tiada tarikh tepat tayangan lagi.
Jangan terkeliru pula dengan filem live-action Mortal Kombat yang juga sedang dibikin kerana ia adalah filem yang lain.
Comments
Loading…