in , , , , ,

Filem Animasi Mario Sedang Dalam Perancangan Oleh Nintendo Dan Illumination Entertainment

Pihak Nintendo akan memberi pengumuman secara rasmi tidak lama lagi.

Pada bulan November tahun lepas, Wall Street Journal melaporkan Nintendo memeterai satu urus janji bersama studio Illumination Entertainment, terkenal dengan filem animasi seperti Despicable Me dan Minions untuk membikin filem animasi Mario.

Kini, presiden Nintendo, Tatsumi Kimishima berkata Nintendo dan Illumination Entertainment sudah semakin hampir untuk mengumumkan perjanjian antara dua syarikat ini bagi filem animasi Mario tetapi masih lagi belum diumumkan secara rasmi lagi.

Menurut Game Informer, Kimishima memberitahu akhbar tempatan Jepun, Kyoto Shimbum bahawa Nintendo berharap untuk menyelesaikan pemeteraian urus janji secepat mungkin dan syarikat ini boleh mengumumkan secara rasmi kepada orang ramai.

Tambahan pula, Nintendo juga mahu terlibat secara kreatif dalam pembikinan filem animasi Mario. Menurut laporan WSJ, Nintendo merancang untuk membawa masuk pencipta siri Mario, Shigeru Miyamoto untuk berkhidmat sebagai penerbit filem animasi Mario akan datang.

Ini bukan filem pertama berdasarkan tukang paip bernama Mario masuk ke dalam dunia Hollywood. Malah, siri Mario merupakan antara video game terkenal yang telah dibikin ke dalam filem live-action Hollywood berjudul Super Mario Bros. pada tahun 1993 yang tidak mendapat sambutan meriah langsung sehinggakan kedua-dua pelakon memegang watak utama Mario dan Luigi tidak menyukai pengalaman mereka bekerja dalam filem ini.

Jika semuanya berjalan mengikut jadual perancangan, Kimishima berharap filem ini akan ditayangkan di pawagam semasa Tokyo Olympics pada tahun 2020.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battalion 1944, Game Kompetitif FPS WW2 Ini Mengumumkan Tarikh Sesi Beta, Early Access Dan Trailer Terbaru

Hori Onyx – Controller Wayarles PS4 Dengan Layout Xbox Diumumkan! Siapa Nak Angkat Ni Nanti?