in , ,

Filem Animasi Mario Bakal Dibintangi Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Charlie Day, Jack Black, Seth Rogen

Kali terakhir kita mendengar tentang filem animasi Mario adalah pada awal tahun 2018, di mana Nintendo semakin hampir mengumumkan kerjasama bersama Illumination Entertainment.

Terkini, setelah beberapa tahun menyepi, Nintendo ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung awal pagi telah mendedahkan perkembangan terbaharu yang agak menarik.

Beberapa pelakon suara utama yang bakal membintangi filem animasi Mario ini telah diumumkan. Antara nama besar Hollywood yang didedahkan ialah:

  • Chris Pratt sebagai Mario
  • Charlie Day sebagai Luigi
  • Anya Taylor-Joy sebagai Peach
  • Jack Black sebagai Bowser
  • Seth Rogen sebagai Donkey Kong
  • Keegan-Michael Key sebagai Toad
  • Fred Armisen sebagai Cranky Kong
  • Kevin Michael Richardson sebagai Kamek
  • Sebastian Maniscalco sebagai Spike

Filem animasi Mario dijadualkan ditayangkan pada 21 Disember 2022, dibikin oleh studio Illumination yang terkenal dengan animasi Despicable Me dan Minions.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

UFL Umumkan Oleksandr Zinchenko Sebagai Duta Rasmi, Kongsikan Model 3D Pemain Pertama

Video Gameplay Battlefield Mobile Mula Tertiris, Saksikannya Di Sini