Tracer dalam bentuk chibi, memanglah comel kan!
Siri Overwatch sememangnya sangat dikenali oleh komuniti gaming sedunia dan begitu juga watak-watak dari siri terbabit seperti Tracer, Reaper dan juga D.Va.
Good Smile Company, pengeluar figurin yang ternama telah mengumumkan bahawa Tracer dari Overwatch bakal dibawa masuk ke siri Nendoroid yang sememangnya sinonim dengan syarikat terbabit.
Figurin Tracer ini akan didatangkan dengan pelbagai aksesori seperti pulse pistol, pulse bomb dan rambut yang boleh digayakan.
Pre-order sudah boleh dibuat sekarang bagi mereka yang berminat melalui laman rasmi Good Smile Company pada harga ¥4,900 (~RM192).
Tracer Nendoroid ini akan mula dipasarkan pada bulan Ogos ini nanti.
Keluaran Good Smile Company
Posted by JomGaming on Khamis, 16 Februari 2017
Comments
Loading…