in , , , , , , ,

Fighting Game Soul Calibur 6 Baru Dilancarkan, Dah Ada Tournament!

Raikan pelancaran Soul Calibur 6 dengan tournament esports di MGACE 2018! Daftar sekarang!

Sempena pelancaran Soul Calibur 6, Infinite Carnage bersama ATO Online Store, Melee-Sia dan Splatoon Community Malaysia akan mengadakan pertandingan esports di acara anime, comic & games (ACG) – MGACE 2018!

Lokasi: Grand Pacific [email protected] Concept Mall, Ara Damansara
Tarikh: 20 & 21 Oktober
Masa: 10am – 7pm

Tarikan utama acara ini adalah pertandingan Soul Calibur 6, game yang baru sahaja dilancarkan semalam! Mengejutan!

Pertandingan bernama SOUL CALIBUR 6 – WELCOME BACK TO THE STAGE OF HISTORY dengan 32 slot penyertaan ini juga khabarnya akan menyediakan kejutan buat pemain-pemain Soul Calibur veteran. Jika korang kipas-susah-mati Soul Calibur, jangan ketinggalan untuk menyertainya.

Di samping itu, bagi peminat game-game Nintendo pula, akan ada Nintendo Corner untuk mempertandingkan game-game seperti Splatoon 2, Super Smash Bros: Melee & Super Smash Bros WIIU!

Untuk maklumat lanjut seperti yuran pendaftaran, hadiah dan sebagainya – korang boleh lawati link-link berikut:

Welcome Back To The Stage Of History Soul Calibur 6 Soft Launch [Pendaftaran]

MGACE Nintendo Corner & Tournament [Pendaftaran]

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Usain Bolt Nampaknya Akan Dimasukkan Ke Dalam FIFA 19 Tidak Lama Lagi

PES 2019: Data Pack 2 Bawakan Liga China Dan Liga Thailand, Tambahbaik Gameplay