10 cyber cafe terkemuka negara akan menghantar 4 wakil FIFA Online 3 mereka untuk berentap.
Jumaat ini, Liga Cyber Malaysia akan bermula – sebuah pertandingan antara cyber cafe dalam FIFA Online 3 yang pertama diadakan di Malaysia. 10 cyber cafe akan menaja 4 pemain untuk mencari pemain terbaik di Malaysia.
Berikut adalah 10 cyber cafe yang menyertai Liga Cyber ini:
- Orange ESports
- Mineski-X
- Redsea Internet Café
- Happy Green Esports
- FTZ Asia.net
- Gift Internet Cafe
- Bizztech Computer
- CybeRia
- Ants Esports
- OMG! Cybercafé Alor Setar
Pertandingan ini bakal menampilkan pemain-pemain handalan FIFA Online 3, antaranya ‘P3rlisTeAmJr’, JohnMalaya, Kent ‘RBxArroyos’ Liaw, Vin ‘EMaster.Vin’ Chew, ‘Favlain’, dan ‘Sekaiichi’.
Tidak ketinggalan, pemain-pemain dari siri FIFA juga bakal menyertai Liga Cyber ini – iaitu dua pemain dari Kickers (Shige & Abul) dan dua pemain dari Team INFINITE (Aramis & Armanis). Keempat-empat mereka ini akan mewakili cyber cafe Mineski-X.
Kesemua perlawanan ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat, 8 malam. Perlawanan-perlawanan tersebut akan di-livestream ke laman Facebook cyber cafe masing-masing.
Berikut adalah hadiah yang menjadi rebutan para pemain ini:
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh layari laman web rasmi Liga Cyber.
Comments
Loading…