in , , , ,

FIFA Dilaporkan Minta EA Lebih RM10 Billion Untuk Perjanjian 10 Tahun Seterusnya

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan telah meminta sekitar USD2.5 billion (~RM10.39 billion) kepada Electronic Arts (EA) untuk meneruskan perjanjian dalam 10 tahun seterusnya.

Laporan ini hadir dari New York Times, lapor VGC, yang dikatakan mendapat sumber dari individu yang rapat dengan rundingan tersebut.

FIFA dilaporkan telah meminta bayaran dua kali ganda berbanding perjanjian sebelum ini, untuk terus diberikan kebenaran menggunakan nama ‘FIFA’ dalam game bola sepak keluaran EA.

Rundingan dikatakan telah berlanjutan selama sekurang-kurangnya dua tahun untuk kedua-dua pihak memperbaharui kontrak, namun ia akhirnya tidak berjaya apabila FIFA meminta USD1 billion (~RM4.16 billion) untuk setiap kitaran Piala Dunia (empat tahun sekali).

NYT turut menyatakan yang perjanjian 10-tahun antara EA dan FIFA bakal berakhir selepas Kejohanan Piala Dunia yang bakal diadakan di Qatar pada tahun hadapan.

EA sebelum ini telah mengumumkan yang mereka sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan judul baharu untuk francais game bola sepak mereka, menandakan mereka ‘tidak sanggup’ lagi untuk bekerjasama dengan FIFA.

Malah, terdapat laporan yang mengatakan EA telah memfailkan permohonan terhadap tanda dagang ‘EA Sports FC’, dan ramai berspekulasi itu mungkin judul baharunya kelak.

Walau bagaimanapun, EA telah mendedahkan bahawa mereka telah memperbaharui kontrak bersama FIFPRO, iaitu badan perwakilan pemain bola sepak profesional global. Dalam kata lain, apabila EA telah menggunakan judul baharu kelak, game bola sepak mereka tetap akan mempunyai kebenaran untuk menggunakan nama pemain-pemain yang sebenar.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
KBS Anjurkan Kejohanan PUBG Mobile Dan Mobile Legends Sempena PKP, Main Di Rumah Masing-Masing

Mufti Wilayah: Hukum Menikam Item Dalam Game Menggunakan Wang Sebenar Adalah Haram

Segalanya Tentang Battlefield 2042 Hazard Zone – Trailer, Cara Main, Jumlah Pemain, Banyak Lagi