in , , ,

FIFA 23 Akan Menyokong Cross-Play, Tapi Hanya Untuk Mode 1v1, Dihimpunkan Dalam Generasi Platfom Sama

EA Sports telah berkongsikan beberapa pembaharuan yang akan dibawa ke dalam FIFA 23. Antara yang didedahkan setakat ini adalah kehadiran fungsi cross-play.

Fungsi ini tentunya kedengaran seperti sesuatu yang harus disambut baik, namun korang jangan terlalu bergembira kerana ia bukanlah fungsi cross-play sepenuhnya, dan ada beberapa kekangan.

Pertamanya, fungsi cross-play ini hanya dibawakan ke dalam mode-mode 1v1 sahaja. Maksusdnya, cross-play hanya terpakai dalam mode Ultimate Team, Online Seasons, dan Online Friendlies, manakala mode-mode seperti Pro Clubs, Volta dan 2v2 Co-op tidak akan menampilkan fungsi cross-play.

Dalam blog post yang dikeluarkan, EA berkata mereka mahu inovasi produk mereka disajikan dengan berkualiti, dan disebabkan kerumitan teknikal untuk menampilkan fungsi cross-play, mode seperti Pro Clubs tidak akan mempunyai fungsi tersebut buat masa ini.

Keduanya, cross-play ini hanya akan dihimpunkan ke dalam generasi platform masing-masing. Bermakna, para pemain PS5-Xbox Series-PC akan boleh bermain cross-play bersama, manakala pemain PS4-Xbox One pula dalam satu himpunan cross-play yang berbeza.

Dalam kata lain, pemain dalam himpunan yang berbeza tidak akan dapat cross-play bersama, contohnya antara pemain PS4 dengan PS5 atau Xbox One dengan Xbox Series.

Ini sekaligus mengesahkan bahawa versi PC pada tahun ini adalah versi generasi terkini, berbeza dengan FIFA 22 sebelum ini yang hanya melancarkan versi generasi lama untuk versi PC.

Ketika dalam satu sidang media yang EA adakan untuk para pengamal media, wakil EA berkata cross-play sepenuhnya tidak dapat dijalankan kerana gameplay yang disajikan dalam versi generasi terkini dengan generasi terdahulu adalah berbeza. Sama seperti FIFA 22, terdapat beberapa ciri gameplay yang hanya eksklusif untuk platform generasi terkini.

FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Stray Telah Memecah Rekod Annapurna Interactive Untuk Jumlah Pemain Serentak Di Steam

Xbox One Dan Xbox Series X/S Mendapat Sokongan Discord Voice Chat