Ted Lasso merupakan siri televisyen komedi yang popular di platform streaming Apple TV+. Ia mengisahkan seorang jurulatih bola sepak Amerika (American football) yang kini menjadi jurulatih bola sepak di England.
Disebabkan popularitinya, siri tv itu kini mengadakan kerjasama dengan game bola sepak paling popular di dunia.
EA Sports telah mengumumkan yang mereka akan membawa masuk kandungan Ted Lasso ke dalam FIFA 23 yang akan dilancarkan hujung bulan ini.
AFC Richmond, iaitu kelab fiksyen dalam siri tv itu, akan boleh dimainkan dalam beberapa mode termasuklah Career Mode, Kickoff, Online Friendlies, dan Online Seasons.
Beberapa item AFC Richmond seperti jersi, tifo, dan lain-lain juga boleh digunakan dalam mode Ultimate Team dan Pro Clubs.
Kandungan ini bukan semata-mata nama kelab dan jersi. Bahkan, karakter Ted Lasso boleh digunakan sebagai pengurus dalam Career Mode, serta watak-watak lain seperti Roy Kent, Jamie Tartt, Sam Obisanya dan Dani Rojas juga dicipta dan boleh dimainkan dalam FIFA 23.
Stadium kelab tersebut, Nelson Road juga akan dibawa masuk.
Korang boleh saksikan trailer pengumuman kandungan ini yang amat lucu ini di bawah. Beberapa personaliti bola sepak terkemuka dunia turut membuat cameo dalam trailer ini.
FIFA 23 akan dilancarkan pada 30 September untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan PC.
Comments
Loading…