in , , , , ,

FIFA 22: Tiada Naik Taraf Percuma Dari Versi PS4/ Xbox One Ke PS5/Xbox Series, Tiada Cross-Play

Seperti dijanjikan, EA Sports telah memperlihatkan trailer pertama untuk FIFA 22. Bersama-sama dengan trailer itu, mereka telah menyediakan laman web yang mendedahkan apakah pembaharuan yang dibawa, tarikh pelancaran serta laman pra-tempah juga sudah dibuka.

Satu fungsi baharu yang menjadi tarikan utama yang dicanang adalah HyperMotion Technology. Secara asasnya, teknologi akan belajar daripada 22 pemain bola sepak profesional dalam perlawanan berintensiti tinggi — kesemua pemain dipakaikan suit Xsens untuk melakukan motion capture. Daripada pergerakan-pergerakan ini, EA Sports akan menyajikan satu gameplay yang lebih realistik dalam FIFA 22.

HyperMotion Technology hanya akan tampil dalam versi PS5, Xbox Series dan Stadia.

Korang boleh layari laman web rasmi FIFA 22 untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri baharu ini.

Selain pembaharuan ini, ada satu perubahan penting berbanding siri tahun lalu apabila melihat laman pra-tempah FIFA 22, iaitu Dual Entitlement. Bagi yang tidak tahu, Dual Entitlement adalah nama yang digunakan EA untuk naik taraf percuma versi konsol generasi lama ke konsol generasi terkini.

Kalau FIFA 21 menawarkan Dual Entitlement kepada semua pemain melalui semua edisi, FIFA 22 pula tidak. FIFA 22 hanya menawarkan Dual Entitlement kepada pembeli Ultimate Edition. Kepada yang membeli Standard Edition, korang hanya akan dapat versi yang dibeli sahaja — sama ada versi PS4/Xbox One atau versi PS5/Xbox Series.

Di samping itu, sama seperti FIFA 21, tiada cross-play antara konsol generasi atau cross-play antara jenama konsol dibenarkan dalam FIFA 22, umum EA di laman soalan lazim (FAQ).

Walau bagaimanapaun, juga sama seperti FIFA 21, FIFA 22 versi PS4/Xbox One boleh saja dimainkan di konsol PS5/Xbox Series. Bermakna, pemilik konsol PS5/Xbox Series boleh saja main bersama pemilik konsol PS4/Xbox One, asalkan FIFA 22 yang dimainkan adalah versi PS4/Xbox One.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042 Disahkan Akan Bawa Semula Map Dari Battlefield Lama – Mungkin 6 Map Ini

Controller Xbox Masih Gunakan Bateri AA Sebab Ada Perjanjian Dengan Duracell

Xbox Live Gold Dilaporkan Akan Dimansuhkan Apabila Pelanggan Xbox Game Pass Semakin Ramai