in , , , , ,

FIFA 22: Pro Clubs Boleh Cipta Karakter Pemain Wanita, Ubahsuai Stadium, Padang

Siri game FIFA sebelum ini telah membawa masuk karakter pemain wanita, namun ia hanya terhad dalam mode kick-off dan Volta.

Terkini, dalam FIFA 22 kelak, pemain akan dibenarkan untuk mencipta karakter wanita dalam mode Pro Clubs.

Berita ini dilaporkan oleh Eurogamer dan FIFAUltimateTeam.It, di mana EA Sports telah menjemput beberapa media untuk memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan ditampilkan ke dalam mode 11v11 itu.

Daripada video yang dikongsikan, kita dapat lihat yang karakter wanita dan lelaki tidak akan diasingkan dalam Pro Clubs, sebaliknya disatukan di atas padang yang sama.

Daripada video ini juga kita dapat melihat antaramuka pengguna (UI) yang juga baharu.

Selain itu, Pro Clubs juga akan menambah beberapa ciri baharu lain, antaranya:

  • Memudahkan pemain untuk menukar hos dan posisi kegemaran di lobi sebelum perlawanan.
  • Menghidupkan/mematikan VOIP (komunikasi suara dalam game) di lobi sebelum perlawanan.
  • Sistem perkembangan skill points baharu lebih mendalam.
  • Membenarkan kelab mengubahsuai bentuk rekaan stadium dan rupa warna padang seperti yang sudah ada dalam mode Ultimate Team.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

[KEMASKINI]:

EA sendiri telah berkongsikan lebih lanjut tentang pembaharuan Pro Clubs untuk FIFA 22 dalam artikel yang cukup panjang. Boleh bacanya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

5 Sebab Laptop Gaming Adalah Pelaburan Gajet Berbaloi Lagi Bijak

Ini Keperluan Spesifikasi Battlefield 2042 Untuk PC