Menu
in , , , ,

FIFA 22: Messi Masih Pemain Paling Tinggi Rating, Lewandowski Tolak Ronaldo Jatuh Nombor 3

EA Sports telah mendedahkan 22 pemain dengan rating tertinggi dalam FIFA 22, dan para peminat sudah mula bercakap-cakap mengenainya.

Antara legenda bola sepak terbaik sepanjang zaman, pada usia 34 tahun, Lionel Messi terus menjadi pilihan EA Sports sebagai pemain nombor satu dengan rating tertinggi, iaitu setinggi 93.

Pesaing utamanya sejak berbelas tahun yang lalu, Crisitano Ronaldo nampaknya tidak lagi mengikuti rapat Messi di tangga kedua seperti tahun-tahun sudah. Sebaliknya Ronaldo bertukar tempat dengan Robert Lewandowski.

Dalam FIFA 22 kelak, Lewandowski menduduki tangga kedua di belakang Messi dengan rating 92, diikuti Ronaldo, Kevin De Bruyne, Kylian Mbappé dan Neymar Jr yang berkongsi rating 91.

Berikut ialah senarai penuh 22 pemain rating tertinggi dalam FIFA 22:

  1. Lionel Messi – 93
  2. Robert Lewandowski – 92
  3. Cristiano Ronaldo – 91
  4. Kylian Mbappe – 91
  5. Kevin De Bruyne – 91
  6. Neymar – 91
  7. Jan Oblak – 91
  8. Harry Kane – 90
  9. Ngolo Kante – 90
  10. Manuel Neuer – 90
  11. Marc-Andre Ter Stegen – 90
  12. Mohamed Salah – 89
  13. Heung Min Son – 89
  14. Gianluigi Donnarumma – 89
  15. Karim Benzema – 89
  16. Virgil van Dijk – 89
  17. Joshua Kimmich – 89
  18. Allison – 89
  19. Thibaut Courtois – 89
  20. Casemiro – 89
  21. Ederson – 89
  22. Sadio Mane – 89

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version