in , , ,

FIFA 22 Akan Mula Percubaan Cross-Play Tidak Lama Lagi, Mungkin Persediaan Untuk FIFA 23

EA Sports secara rasminya telah mengumumkan yang mereka bakal memulakan percubaan untuk fungsi cross-play dalam FIFA 22.

EA belum mendedahkan lagi bilakah tarikh tepat, di mana mereka hanya menyatakan fungsi ini akan dihidupkan “dalam masa terdekat”.

Apabila sesi percubaan ini dibuka, ia hanya akan menyokong di platform PS5, Xbox Series dan Google Stadia, serta hanya untuk mode Online Seasons dan Online Friendlies. Dalam kata lain, para pemain di platform-platform ini boleh bermain bersama rakan atau bertemu secara matchmaking dalam dua mode itu sahaja.

Seperti kebanyakan game lain yang menyokong cross-play, FIFA 22 akan memperkenalkan senarai rakan (friendlist) dalam-game yang tersendiri. Para pemain boleh menambah dan menjemput rakan dari dalam-game — satu bahagian berbeza daripada friendlist PlayStation atau Xbox.

EA tidaklah menyebutkan sebarang perancangan mereka untuk FIFA 23, tetapi langkah ini sememangnya kelihatan seperti mereka sedang mempersiapkan untuk membawakan sokongan cross-play sepenuhnya untuk game bola sepak mereka seterusnya itu. Lebih-lebih lagi, beberapa bulan lalu sudahpun terdapat laporan yang mengatakan FIFA 23 bakal membawakan cross-play.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Blizzard Akhirnya Umum Game Mobile Warcraft Arclight Rumble, Ada Solo, Co-Op, PvP

CEO Intel Kini Kata Kekurangan Cip Akan Terkesan Sehingga 2024