in , , , ,

FIFA 22 Akan Membenarkan Pemain Tutup ‘Celebration’ Pihak Lawan

Setelah berkongsikan apakah pembaharuan yang bakal disajikan dalam Pro Clubs dan Career Mode untuk FIFA 22, EA Sports telah mendedahkan pula ciri-ciri yang akan ditambah ke dalam Ultimate Team (FUT).

Dalam trailer yang korang boleh tontonnya di bawah, mereka memperlihatkan beberapa pembaharuan untuk Division Rivals, FUT Champions, Customisation, Co-Op Public Matchmaking serta FUT Heroes.

Dalam laman web rasminya, yang membincangkan lebih lanjut tentang pembaharuan tersebut, ada satu ciri baharu ini yang benar-benar menarik perhatian penulis.

EA Sports akan memperkenalkan Celebration Camera Settings dalam FIFA 22: iaitu satu setting di mana pemain boleh ‘menutup’ untuk melihat celebration yang dilakukan oleh pihak lawan apabila mereka menjaringkan gol.

Secara default, setting ini akan meletakkan ‘Opponent Celebrations’, iaitu sama seperti sebelum-sebelum ini di mana kita akan dipaksa untuk menonton celebration pemain lawan ketika bermain online. Kini pemain diberi pilihan untuk menukar setting ini — apabila pemain lawan menjaringkan gol, kamera akan terus menukarnya kepada pemain kita sendiri, memperlihatkan reaksi, wajah, dan gerak tubuh pemain kita apabila bolos.

Jangan risau, setting ini bukan untuk FUT sahaja, malah akan terpakai dalam semua mode apabila setting itu telah diubah.

Tentunya, pengenalan setting baharu ini adalah untuk membendung celebration yang terlalu toksik. Ia juga sesuai kepada mereka yang cepat koyak ketika bermain online.

FIFA 22 akan dilancarkan pada 1 Oktober untuk PC (Origin, Steam), PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dr Disrespect Tubuhkan Studio Pembangunan Game, Sedang Bikin ‘Battle Royale Yang Vertikal’

Streamer Indonesia Ini Terima Sumbangan Hampir RM300k Ketika Bermain Ragnarok X: Next Generation