in , , ,

FIFA 21: Pemain PS4 Dan PS5 Tidak Akan Boleh Main Online Bersama

Hasrat kita semua untuk menyaksikan FIFA 21 membenarkan cross-play antara platform dan konsol generasi berbeza nampaknya tidak akan ditunaikan oleh EA Sports.

EA Sports telah mengesahkan yang pemain FIFA 21 di PS4 tidak akan boleh main bersama secara online dengan pemain di PS5, begitu juga antara Xbox One dengan Xbox Series X. Perkara ini disahkan dalam satu tweet oleh akaun FIFA Direct Communication.

https://twitter.com/EAFIFADirect/status/1292888630571098117?s=20

Dalam tweet ini juga, walaupun FIFA 21 tidak membenarkan cross-play, mereka sekali lagi telah mengingatkan yang progression dalam mode Ultimate Team (FUT) boleh dibawa dari PS4 ke PS5 dan dari Xbox One ke Xbox Series X, seperti yang telah kami laporkan sebelum ini.

Tindakan untuk tidak menampilkan cross-play dalam FIFA 21, pada pandangan penulis, adalah sangat tidak wajar. Sebagai sebuah game yang keluar semasa tempoh waktu antara penghujung satu generasi dengan satu generasi baharu, cross-play antara konsol generasi seharusnya menjadi satu ciri yang wajib. Apatah lagi siri FIFA merupakan sebuah game yang memfokuskan kepada online multiplayer seperti Pro Clubs, lebih-lebih lagi FUT pada tahun ini memperkenalkan FUT Co-Op.

Sekiranya kita berhasrat untuk berpindah ke PS5 dengan awal, bukan semua rakan-rakan kita di PS4 akan berpindah dalam tempoh waktu yang sama. Maka ia akan merencatkan pengalaman kita untuk bermain online bersama mereka kerana adanya kekangan ketiadaan cross-play ini.

Di samping itu, perkara ini juga sekaligus akan memberi kesan kepada kelancaran matchmaking dalam apa jua mode dalam FIFA 21 kelak kerana pemain akan berpecah antara konsol generasi lama dan konsol generasi baharu. Dalam erti kata lain, ia akan memecahkan komuniti tanpa kehadiran cross-play.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Pemain Fall Guys Mula Main Tipu Dengan Berlari Terlalu Pantas, Ini Videonya

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves