Esok, Electronic Arts akan mengadakan acara digital mereka sendiri, iaitu EA Play. Salah satu francais yang tidak akan terlepas dalam acara ini pada setiap tahun pastinya adalah FIFA.
EA Play akan berlangsung pada 19 Jun ini, jam 7 pagi (waktu Malaysia). Korang boleh saksikannya di Youtube atau Twitch EA Sports.
FIFA 21 mungkin akan diperlihatkan pada esok, namun ia dijangkan tidak akan mendedahkan butiran yang terlalu banyak kerana melalui tweet terbaharu yang dikeluarkan, EA Sports telah menggariskan beberapa mode yang mereka akan kongsikan pembaharuannya — dan kesemua mode ini didedahkan pada Ogos.
Lima butiran yang mereka akan dedahkan pada Ogos itu ialah Gameplay, Career Mode, Volta Football, Pro Clubs, dan Ultimate Team.
Ini pastinya sesuatu yang tidak mengejutkan kerana kebiasaannya, game-game bola sepak, termasuk pesaing utamanya, siri PES, akan fokus memperlihatkan game masing-masing pada Gamescom yang lazimnya akan diadakan pada bulan Ogos.
Penulis agak terkejut melihat yang EA Sports akan mengumumkan sesuatu pembaharuan untuk mode Pro Clubs. Pemain-pemain setia mode pastinya sudah tahu bagaimana mode ini seperti dianaktirikan oleh EA Sports sejak pertama kali diperkenalkan dalam FIFA 09.
Sebagai peminat Pro Clubs, penulis amat teruja dengan berita ini. Tolong jangan letakkan harapan palsu, EA.
Comments
Loading…