in , , , ,

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

EA Sports telah mengeluarkan trailer penuh pertama FIFA 21. Trailer ini menampilkan empat pemain muda yang sedang meningkat naik pada ketika ini iaitu Kylian Mbappé, Erling Haaland, João Félix dan Trent Alexander-Arnold.

Jom layan:

Bersama-sama dengan trailer ini, EA Sports telah berkongsikan beberapa ciri baharu dan penambahbaikan yang akan diperkenalkan ke dalam FIFA 21. Fokus utama mereka pada tahun ini nampaknya adalah kehadiran co-op dalam mode Ultimate Team (FUT).

FUT Co-op akan membenarkan korang bermain bersama seorang lagi rakan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran dalam Division Rivals dan Squad Battles. Korang akan memperoleh progress mingguan, serta bekerjasama untuk mencapai beberapa objektif co-op yang hanya diberikan kepada para pemain co-op.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, EA Sports sekali lagi mengingatkan yang progress untuk FUT Club akan boleh dibawa antara PS4/PS5 dan Xbox One/Xbox Series X, serta cross-gen pasaran perpindahan dan leaderboard. Walau bagaimanapun, buat masa ini, tiada cross-play antara platform dibawakan.

Selain itu, antara penambahbaikan yang akan ditampilkan ke dalam FIFA 21 ialah memfokuskan kembali kepada Career Mode selepas ramai peminat merungut terhadap mode ini yang seperti diabaikan dalam FIFA 20. Salah satu ciri baharunya ialah Interactive Match Sim.

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

Korang boleh baca ciri-ciri baharu FIFA 21 ini di laman rasminya.

Semalam, EA Sports telah mendedahkan yang Kylian Mbappé telah dipilih sebagai bintang muka hadapan untuk kesemua edisi FIFA 21.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

FIFA 21 Memperkenalkan FUT Co-Op, Tambahbaik Career Mode, Saksikan Trailer Pertama

Game bola sepak pada tahun ini pastinya tertumpu sepenuhnya ke arah FIFA 21 memandangkan pesaing utamanya, Konami hanya akan melancarkan eFootball PES 2021 Season Update — iaitu sebuah game standalone yang menggunakan gameplay sama PES 2020, tetapi dengan kemaskini skuad untuk musim baharu sahaja.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Kylian Mbappe Diumumkan Sebagai Bintang Muka Hadapan FIFA 21

Kylian Mbappe Diumumkan Sebagai Bintang Muka Hadapan FIFA 21

Watch Dogs: Legion Keluarkan Trailer Resistance - Rekrut Siapa Saja Di Kota London

Watch Dogs: Legion Keluarkan Trailer Resistance – Rekrut Sesiapa Saja Di Kota London