FIFA 21 tidak akan dilancarkan serentak apabila konsol Xbox Series X dan PS5 dilancarkan pada hari pertama. Sebaliknya, versi yang ditambahbaik itu akan dikeluarkan pada 4 Disember kelak.
Menjelang pelancarannya itu, EA Sports telah berkongsikan dua screenshot pertama dari versi Xbox Series X dan PS5 — sekaligus memaparkan grafik yang cukup memukau. Korang boleh lihatnya di bawah:
Takkan screenshot sahaja? Bila pula mereka akan dedahkan video gameplay?
FIFA 21 telahpun dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada awal Oktober lalu. Bagi korang yang dah memiliki FIFA 21 di PS4/Xbox One, ia akan boleh dinaik-taraf ke PS5/Xbox Series X secara percuma — namun mereka tidak tampilkan sokongan cross-play antara generasi berbeza.
Comments
Loading…