in , , ,

FIFA 21 Dedahkan 2 Ciri Baru Dalam Mode Pro Clubs – Ubahsuai AI Dan Taktik

EA Sports telah mendedahkan dua ciri utama baharu yang akan diperkenalkan dalam mode Pro Clubs untuk FIFA 21.

Ciri pertama ialah kebenaran untuk mengubahsuai pemain AI yang akan main bersama para pemain lain. Pengubahsuaian ini hanyalah bersifat kosmetik kerana pengurus pasukan tidak dibenarkan untuk melaras apa-apa yang berkaitan dengan rating AI.

Berikut ialah apa yang pengurus boleh ubahsuai terhadap lebih daripada 20 pemain AI:

  • Name (First/Last/Known As/Commentary/Kit Name)
  • Kit Number
  • Birth (Date/Nationality/Region)
  • Preferred foot
  • Face
  • Skin Tone
  • Eyes
  • Brows
  • Nose
  • Mouth
  • Ears
  • Hair
  • Facial Hair
  • Kit Fit
  • Accessories (Gloves, Boots, Wristbands, Sock Tape)
  • Animations (Running Style, Celebrations)

Ciri kedua pula lebih memberi kesan kepada gameplay. FIFA 21 akan membenarkan pasukan Pro Clubs untuk menukar formasi dan taktik yang bagaimana untuk pemain-pemain AI bermain, sebelum memulakan perlawanan.

Dalam FIFA 20 dan siri-siri sebelum ini, pengurus pasukan hanya boleh menukar formasi dan set pieces taker di Lobby, dan menukar taktik yang lebih mendalam ketika sudah memulakan perlawanan.

Akan datang dalam FIFA 21, pengurus boleh menyediakan 5 taktik secara preset di menu utama. Kemudian, semasa di Lobby, pengurus boleh memilih salah satu daripada 5 preset yang sudah disediakan sebelum memulakan matchmaking. Melalui ciri baharu ini, pemain AI akan cuba bermain mengikut kehendak pasukan.

EA Sports mengatakan yang mereka akan berkongsikan beberapa info lanjut untuk Pro Clubs seperti keupayaan rakan AI dan perkembangan pengalaman pemain Virtual Pro dalam artikel akan datang.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Microsoft Umumkan Nama Rasmi Xbox Scarlett -- Xbox Series X, Bakal Tiba Akhir Tahun 2020

Xbox Series X Akan Dilancarkan Pada November Bersama Ribuan Game Untuk Dimainkan

Liga FIFA Pro Clubs VPG Dilarang MFL Untuk Bersiaran Langsung Di RTM - Apa Sebenarnya Berlaku?

Liga FIFA Pro Clubs VPG Dilarang MFL Untuk Bersiaran Langsung Di RTM – Ini Apa Yang Berlaku [KEMASKINI]