in , , , ,

FIFA 21 Career Mode Membuktikan Dah Sampai Masa Football Manager Dilancarkan Ke Konsol

Dalam siri video promosi FIFA 21, EA Sports telah mengeluarkan trailer yang berkongsikan apakah ciri-ciri baharu yang akan ditambah ke dalam Career Mode.

Apa yang menarik ialah mode ini nanti dalam FIFA 21 akan menambah beberapa ciri yang boleh dikatakan sinonim dengan apa yang sudah ada sejak sekian lama dalam siri Football Manager.

Paling ketara ialah pengenalan Interactive Match Sim yang memaparkan gameplay sesebuah perlawanan di atas padang, tetapi hanya kelihatan para pemain yang berbentuk ikon bulat dan gameplay dimainkan dengan dua kali ganda lebih pantas.

Interactive Match Sim akan dipaparkan apabila kita memilih untuk menonton sahaja seperti seorang pengurus, walau bagaimanapun, kita boleh bila-bila masa sahaja bertukar kepada gameplay biasa FIFA untuk mengambil-alih. Misalnya, apabila mendapat sepakan penalti atau sepakan percuma, kita boleh mengambilnya sendiri tanpa hanya melihat sahaja pemain AI melakukannya.

Ketika bercakap kepada Eurogamer, pereka kanan game, Alex Constantinescu berkata:

“Bermain perlawanan dalam FIFA memerlukan masa yang banyak, dan lebih banyak lagi dalam Career Mode di mana kamu harus bermain untuk seluruh musim. Kami tahu pemain kita suka pilih dan padankan antara bermain game itu sendiri dan kemudian bermain secara simulasi. Tapi kami sentiasa rasakan yang ada sesuatu yang boleh kami lakukan antara kedua-dua itu, sesuatu yang memberikan pengguna lebih perantaraan terhadap keputusan perlawanan berbanding meletakkan segalanya di tangan AI dan mendapatkan keputusan segera.”

Selain itu, Career Mode dalam FIFA 21 kelak turut membawa beberapa penambahbaikan lain seperti perkembangan pemain, Active Training, cara mengendalikan perpindahan yang baharu serta AI pihak lawan yang ditambahbaik.

Semua ini boleh disaksikan dalam trailer di bawah:

Melihat kepada usaha EA Sports untuk lebih memperincikan simulasi pengurusan kelab bola sepak dalam siri FIFA, penulis merasakan sudah sampai masanya ‘mahaguru’ game simulasi pengurusan bola sepak, siri Football Manager, untuk turun ke gelanggang konsol.

Alasan seperti “Football Manager hanya sesuai dimainkan dengan mouse/keyboard” tidak lagi terpakai dalam situasi pembangunan game moden masakini kerana lihatlah bagaimana EA Sports lakukan terhadap Career Mode mereka. Ya, ia masih terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan perincian yang ada dalam Football Manager, namun dengan adanya sentuhan magis Sports Interactive, pastinya mereka mampu mengeluarkan sebuah versi konsol yang cukup menarik.

Saranan penulis untuk Football Manager dikeluarkan ke platform konsol sudah tentunya berasas kerana awal bulan ini, Sports Interactive ada mengacah yang Football Manager 2021 akan dilancarkan ke “lebih banyak platform dan store daripada apa yang pernah mereka lancarkan sebelum ini.”

Pada ketika ini, kita nantikan sajalah ke platform baharu manakah FM21 akan dikeluarkan. FM21 akan dilancarkan lewat tahun ini.

FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One, serta akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series apabila konsol itu dilancarkan pada hujung tahun ini.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mari Menerokai Festival Virtual Taman Tema Pokemon!

Mari Menerokai Pesta Virtual Taman Tema Pokemon!

Epic Games Sahkan Fortnite Untuk Android Takkan Keluar Di Google Play Store Kerana Mahu Elak Yuran 30%

Epic Games Bermain Api Dengan Menyaman Apple dan Google Seteleh Fortnite Dibuang Dari Store