in , , , , ,

FIFA 19 Bawakan Nostalgia Bola Sepak 1960-an Dalam Story Mode The Journey: Champions

Kemungkinan ada spoiler kecil di bawah.

Tahun ini, FIFA 19 akan menyimpulkan kisah Alex Hunter dalam story mode The Journey: Champions. Selepas kisahnya pertama kali dibawakan dalam FIFA 17, ia akan ditamatkan selepas trilogi ini dalam siri game FIFA.

Apa yang menarik dalam “episod” ketiga dan terakhir dalam FIFA 19 ini, ia akan dimulakan dengan nostalgia bola sepak 1960-an. Perlawanan akan dimulakan dengan pemain akan bermain sebagai Jim Hunter, datuk kepada Alex Hunter. Dalam perlawanan menentang Coventry (pemain pula akan bermain di kelab yang dipilih), Jim Hunter dalam misinya untuk meyumbatkan gol ke-100 dalam kariernya.

Tema retro klasik 60-an yang dibawakan ke dalam satu perlawanan ini sememangnya sangat menarik. Padangnya berlumpur, jersi dan seluarnya ketat, bola klasik, skrin yang seperti menonton perlawanan bola sepak lama, malah lengkap dengan ulasan (commentary) macam dulu-dulu.

Korang boleh saksikan perlawanan ini dalam video di bawah, dimuatnaik oleh Eurogamer, yang mana mereka telah dapat bermain FIFA 19 lebih awal:

Lebih menarik, apabila korang habiskan perlawanan klasik ini, korang akan mendapat Jim Hunter, yang mempunyai rating 77, untuk digunakan dalam mode FIFA Ultimate Team (FUT).

FIFA 19 akan dilancarkan pada 28 September ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Eurogamer

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Dah Boleh Download Contra: Return Sekarang Di iOS Dan Android Secara Percuma

PlayStation Classic: Tiada Penambahan Bilangan Game Pasca-Pelancaran, Tiada Fungsi Online