Bersedia untuk pengalaman FIFA baru di platform terbaru?
Dalam iklan terbaru Nintendo Switch yang dimuatnaik di akaun Youtube Nintendo Jepun, mereka telah memperlihatkan sedikit gameplay daripada FIFA 18 yang akan dikeluarkan pada tahun ini di konsol/handheld itu.
Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, ia juga memaparkan gameplay Dragon Quest Heroes. Jom layan:
https://www.youtube.com/watch?v=KNST_AtBb8I
Sebelum ini, EA telah mendedahkan bahawa siri FIFA yang akan dikeluarkan di Nintendo Switch adalah FIFA 18. Mereka juga menyatakan bahawa versi FIFA 18 akan dicipta khas, berlainan daripada versi di platform yang lain.
FIFA 18 akan dilancarkan di PS4, Xbox One dan PC pada September 2017. Manakala, versi Switch akan dilancarkan berdekatan dengan tarikh tersebut.
Comments
Loading…