in , , , , ,

FIFA 18: Kemaskini Piala Dunia Rusia 2018 Bakal Tiba Bulan Ini Secara Percuma

Demam Piala Dunia tahun ini semakin membara!

EA Sports telah mengumumkan bahawa FIFA 18 akan menerima kemaskini percuma pada 29 Mei ini, yang akan membawakan kandungan-kandungan eksklusif Piala Dunia Rusia 2018.

Kemaskini ini akan menampilkan pengalaman pertandingan yang asli dan elemen Piala Dunia rasmi, serta membawakan kesemua 32 pasukan yang layak, bola perlawanan, kesemua 12 stadium dan trofi keemasan ikonik Piala Dunia.

Antara game mode baru yang mendapat nafas kemaskini Piala Dunia ini ialah 2018 FIFA World Cup Russia, Custom FIFA World Cup Tournament, FIFA World Cup Kick-Off dan FIFA World Cup Ultimate Team.

Saksikan trailer untuk kemaskini istimewa ini di bawah – menampilkan bintang-bintang Piala Dunia seperti Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann, Isco, dan Thomas Mueller menukar jersi kelab mereka ke jersi kebangsaan masing-masing.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Shadow of the Tomb Raider: Sinematik Trailer, Screenshots, Bonus Pre-Order Dan Season Pass

Fortnite Kini Berwajah Baru Dengan Tema Adiwira – Black Panther, Harley Quinn, Wonder Woman Dan Banyak Lagi!