in , , ,

FIFA 18: Comrade_Rasydan Juarai Rah Rah Russia, Menang 2 Tiket Ke Rusia Dan RM5,000!

Untungnya dapat terbang percuma ke Rusia!

Selepas menjalankan empat pusingan kelayakan di empat lokasi berbeza di seluruh negara, Rah Rah Russia akhirnya menemui acara kemuncaknya yang telah berlangsung semalam.

Comrade_Rasydan dari kelayakan Melaka telah dinobatkan sebagai juara dan berjaya memenangi tiket ke Rusia serta wang kemenangan RM5,000.

Comrade_Rasydan berjaya menewaskan FF_Shinge dari kelayakan Selangor dalam aksi final selepas memenangi dua perlawanan pertama dalam format best-of-3.

Rah Rah Russia Football Esports Tournament merupakan sebuah kejohanan FIFA 18 yang dianjurkan oleh Vivo, penaja telefon pintar rasmi bagi Piala Dunia FIFA 2018 bersama-sama dengan Astro, penyiar rasmi di Malaysia.

Acara finale telah berlangsung di Sunway Pyramid, Blue Concourse pada 13 Mei 2018, menyaksikan 8 pemain terbaik FIFA 18 seluruh negara beradu tenaga.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Secara Tak Langsung Telah Sahkan Yang PS5 Takkan Diperkenalkan Semasa E3 2018

Rasmi: 6 Game Diumumkan Untuk Sukan Asia 2018, Pusingan Kelayakan Diperincikan