in , ,

FIFA 17 Online Tournament: Bertanding Dari Keselesaan Rumah, Training Secara Kompetitif!

Selalu terlepas nak sertai pertandingan FIFA 17 secara offline? Tapak pertandingan jauh dari rumah? Join aje FIFA 17 Online Tournament!

Dijayakan oleh player-player FIFA profesional tempatan, FIFA 17 Online Tournament adalah usaha untuk memeriahkan scene game FIFA di samping memupuk bakat-bakat baru game FIFA.

Ceritanya mudah: Daftarkan diri beserta wang pendaftaran RM10, dapatkan slot di bracket pertandingan, bertanding secara online dan menang hadiah wang tunai! Mudah, bukan?

Sehingga kini, acara pertandingan online ini diadakan secara berkala. Pertandingan terbaru sudah di edisi ke 5 dan korang boleh dapatkan maklumat pertandingan, pendaftaran dan sebagainya di laman Event Facebook FOT 17.5 PS4.

Apa tunggu lagi, training dulu dengan player-player dalam ni, khabarnya diorang nih semua bertaraf antarabangsa. Barulah sedap nak uji kemahiran FIFA korang sambil menang hadiah saguhati!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Assassin’s Creed Movie Menerima Review Yang Cukup Teruk Daripada Pengkritik

Overwatch: Blizzard Dedahkan Perancangan 2017, Lebih Banyak Heroes, Map, Game Mode