Sabtu lepas, GamesBond telah mengadakan sebuah pertandingan FIFA 16 sempena Match Viewing Party bagi Final Piala FA 2016! Jom kita saksikan kemeriahannya!

JomBaca: FIFA 16 Tournament: Bertarung Dalam FIFA 16 Sambung Tengok JDT Lawan Selangor PKNS!

fifa

PKNS telah menganjurkan Superbest Power Final Piala FA 2016 Match Viewing Party di SACC Mall, Shah Alam pada Sabtu yang lepas. Acara yang mencapai kemuncaknya dengan siaran langsung perlawanan JDT menentang Selangor PKNS FC pada malam itu, telah bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan FIFA 16 yang berlangsung di pintu masuk SACC Mall, Shah Alam!

PKNS_14_

Seperti yang kami hebahkan sebelum ini, pertandingan yang terbuka kepada orang ramai ini menawarkan hadiah wang tunai yang menarik! Buktinya adalah apabila kesemua 96 slot peserta dipenuhi dalam waktu yang singkat! Malahan, terdapat juga peserta yang datangnya dari Afrika Selatan, dan Thailand!

PKNS_01 (Large)

PKNS_02 (Large)

Pertandingan FIFA 16 kali ini juga telah menarik penyertaan daripada banyak clan-clan FIFA Malaysia yang ternama seperti Infinite, Kickers, Wckd, Syco, WTF, Prodigy, Immortal, Myfes dan BANYAK lagi!

PKNS_03 (Large)

PKNS_04 (Large)

Paling mengagumkan adalah komitmen para peserta yang datang dari jauh dan duduk seharian menghadap setiap pusingan dan perlawanan yang dijadualkan – semuanya setia menanti waktu pertandingan masing-masing dan acara berlangsung tanpa sebarang kelengahan mahupun kelewatan. Syabas kepada para peserta sekalian!

PKNS_11 (Large)

PKNS_05 (Large)
Bila tiba waktu penalti, masing-masing sorok controller!

PKNS_12 (Large)

Di samping itu, pihak PKNS turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik bagi menghidupkan acara Match Viewing Party tersebut. Kitorang sempat juga menyaksikan Raja Freestyler dan rakan-rakan mempamerkan aksi freestyle mereka bermain bola! Bukan itu sahaja, tetamu jemputan Mehmet Durakovic dan Datuk Ong Kim Swee dengan sporting-nya turut sama mempamerkan skill masing-masing bersama Raja Freestyler!

PKNS_08 (Large) PKNS_09 (Large) PKNS_10 (Large)

Apabila perlawanan FIFA 16 tiba ke peringkat quarterfinals, kelapan-lapan peserta mulai menghadapi persaingan sengit! Beberapa saat cemas dan kekalahan tak terjangka dapat dilihat di peringkat ini! Kekecewaan dan kegembiraan, semuanya jelas terasa di penghujung pertandingan ini!

PKNS_06 (Large)

PKNS_07 (Large)

Akhirnya Infinite_Aramis dan Kicker_Hasrulexis bertemu di perlawanan final. Terasa macam tournament internasional pulak apabila mereka bermain di skrin LED yang besar!

PKNS_16 (Large)

PKNS_15 (Large)

Korang boleh saksikan sendiri perlawanan tersebut di bawah ini!

Selepas seharian berhempas-pulas, akhirnya 3 pemenang telah diumumkan! Tahniah kepada Infinite_Aramis pemenang tempat pertama, Kicker_Hasrulexis pemenang tempat kedua dan Infinite_Amtuah pemenang tempat ketiga.

Ketiga-tiga mereka pulang dengan membawa wang tunai sebagai ganjaran usaha keras dan satu lagi catatan kejayaan dalam kerjaya eSport mereka. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.

PKNS_13 (Large)
Pemenang dari kiri: Infinite_Amtuah (Tempat ke-3), Infinite_Aramis (Tempat pertama) dan Kicker_Hasrulexis (Tempat ke-2).

Terima kasih diucapkan kepada GamesBond dan PKNS kerana menjemput JomGaming membuat liputan. Diharapkan nanti, lebih banyak acara eSport di perigkat akar umbi dapat diadakan bagi membangunkan bakat eSport negara kelak!

Jom kita berjumpa lagi di dalam acara FIFA 16 yang lain nanti.

JomKomen!