in

FIFA 16: Adam Johnson Bakal Dibuang Selepas Kesalahan Memperkosa

EA Sports sedang berusaha untuk “membersihkan” FIFA 16 daripada segala “kekotoran”.

fifa

Jurucakap EA Sports telah memberitahu Newsbeat bahawa mereka sedang dalam usaha untuk membuang Adam Johnson secara keseluruhan dalam game bola sepak kegilaan ramai, FIFA 16.

Mereka telahpun membuang Johnson dari Active Rosters, sistem live update semasa bermain online, di kedua-dua skuad Sunderland dan England. Namun, Johnson masih lagi boleh digunakan di sesetengah bahagian offline dalam FIFA 16.

Memetik kata-kata Jurucakap EA Sports:

“Adam Johnson has been removed from the Active Rosters of both Sunderland and England in FIFA 16. We’re working to remove him from other modes within the game as soon as possible.”

JomBaca: Juara Dunia FIFA 16 Buat Lionel Messi & Paul Pogba Ketaq Lutut!

Bekas pemain sayap Sunderland tersebut telah didapati bersalah pada minggu ini atas kesalahan memperkosa kanak-kanak remaja bawah umur berusia 15 tahun. Beliau masih lagi belum dijatuhkan sebarang hukuman, namun mahkamah telah memberi amaran bahawa beliau boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

fifa

Pihak EA Sports telah diberi tekanan oleh para peminat FIFA 16, terutamanya di Twitter untuk membuang Johnson dari game tersebut.

JomBaca: Adakah Dominasi Lionel Messi Sebagai Muka Hadapan Siri FIFA Bakal Berakhir?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Doom: Bethesda Ajak Korang Undi Cover Game Diorang Nih!

ROCCAT Kiro: Gaming Mouse Mampu-Milik Dengan Daya Tarikan Magnetik!