in , ,

FFXV : Active Time Report Bakal Datang Dan Screenshots Magic, Stealth Yang Baru !

Square Enix kembali menghangatkan Final Fantasy XV dengan mengumumkan Active Time Report yang bakal datang pada 30 Januari 2016 ini, dan beberapa screenshots baru yang awesome!

Kepada yang tidak biasa apa itu Active Time Report, event ATR ini dilakukan live dari pihak Square Enix sendiri, dengan developer berkongsi cerita-cerita dan info-info baru mengenai FFXV. Di event ini juga, pihak developer cuba menjawab beberapa soalan daripada peminat-peminat. ATR yang paling terbaru adalah pada 4 bulan yang lepas di Tokyo Games Show 2015.

FFXV-ATR-001

ATR ini akan bersiaran pada 30 Januari 2016, di channel Youtube Square Enix Presents dengan English sub! Di ATR kali ini, pihak developer berjanji akan menghidangkan kita dengan battle footage terbaru, Nilflheim Empire, dan macam-macam lagi!

Dalam masa yang sama, Square Enix turut menghadiahkan kita dengan 4 screenshots FFXV yang terbaru! Screenshots terbaru ini menunjukkan beberapa perkara yang boleh dilakukan Noctis & rakan-rakan semasa battle!

Antaranya adalah penggunaan magic, Fire, yang tidak asing lagi dalam dunia Final Fantasy. Screenshot berikut menunjukkan Noctis menggunakan Fire untuk berlawan dengan Magitek Armor. Kalau Fire dah dapat macam ini punya image, cuba bayangkan macam mana rupanya kalau Noctis menggunakan ability Fire yang kuat, Firaja. Fuh, pasti buat mulut anda ternganga!

FFXV-Magic-002

FFXV-Magic-003

Aerial Strike juga boleh dilakukan untuk berlawan dengan musuh/monsters!

FFXV-Magic-001

Apa yang menarik dengan FFXV kali ini adalah dengan kemunculan Stealth. Di screenshot berikut, Noctis boleh bergerak secara senyap-senyap untuk inflitrate kawasan musuh. Macam MGS pulak hehe.

FFXV-Enemy-001 FFXV bakal menemui anda pada 2016 dan nantikan official announcement untuk official release date pada March 2016 nanti!

JomBaca: FFXV: Map Altissia Yang Sangat Besar Sampai Developer Pun Sesat!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

240 Digimon Dalam Digimon Story: Cyber Sleuth. WOW!

Homefront: The Revolution: Bersatu Menentang Kerajaan Kuku Besi!