in , , , , ,

Fatal Frame: Maiden of Black Water Remaster Akan Tiba di Switch, PS4, PS5, PC

Sebuah video game klasik horror Jepun mengejutkan peminat genre seram di E3 Nintendo 2021, Fatal Frame: Maiden of Black Water kini dihidupkan kembali dengan grafik yang lebih menggiurkan untuk pelbagai platform.

Berlatarbelakangkan di Mt. Hikami yang menyeramkan, game ini menceritakan kisah tiga protagonis menjelajah secara misteri di gunung itu menggunakan lampu suluh dan kamera untuk mengharungi paranomal di Mt. Hikami yang mengerikan.

Untuk meraikan ulang tahun ke-20 siri ini, remaster ini juga akan memberikan kostum-kostum serta photo mode baru. Ini juga adalah kali pertama siri Fatal Frame boleh dimainkan di PC.

Fatal Frame: Maiden of Black Water (Fatal Frame MBW) adalah siri utama ke-5 dalam siri Fatal Frame. Pada asalnya, video game seram survival ini dibangunkan oleh Koei Tecmo dan diterbitkan oleh Nintendo ekslusif untuk Wii U pada 2014.

Fatal Frame MBW akan diterbitkan di Switch, PS4, PS5, Xbox Series , Xbox One dan PC pada tahun 2021 tetapi tiada tarikh muktamad diumumkan lagi.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

It Takes Two Kini Terjual Lebih 2 Juta Unit Selepas Hampir 3 Bulan Pelancaran

Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi

EA Mula Memperlihatkan Apa Yang Ada Dalam Pek FIFA 21 Ultimate Team Sebelum Membelinya