in , ,

Far Cry 6, Assassin’s Creed Valhalla Dan Watch Dogs: Legion Turut Ada Naiktaraf Percuma Dari PS4 Ke PS5

Tiga game besar akan datang daripada Ubisoft — Far Cry 6, Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs: Legion — akan turut menyokong naiktaraf percuma dari konsol generasi masakini ke konsol generasi seterusnya.

Senang cerita, kalau korang beli mana-mana game ini di PS4 atau Xbox One, korang akan mendapat naiktaraf ke versi PS5 atau Xbox Series X secara percuma apabila game itu dilancarkan ke konsol generasi seterusnya kelak.

Ubisoft tidak menerangkan sokongan ini secara jelas dalam acara Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, namun ia dinyatakan jelas dalam laman web rasmi ketiga-tiga game tersebut. Korang boleh lihatnya sendiri di sini — Far Cry 6, Assassin’s Creed Valhalla dan Watch Dogs: Legion.

Melalui pautan ini pula, Ubisoft menjelaskan lebih terperinci tentang bagaimana sokongan ini akan berfungsi. Pastinya, ia menggunakan konsep yang sama seperti apa yang didedahkan untuk FIFA 21 dan Cyberpunk 2077 sebelum ini.

Untuk mereka yang membelinya di konsol generasi masakini secara digital, tiada sebarang masalah untuk berpindah ke konsol generasi seterusnya apabila ia dilancarkan nanti.

Namun, untuk mereka yang membelinya dengan disk fizikal, mereka perlu memastikan yang disk itu masih ada untuk dimainkan di konsol generasi seterusnya. Perlu juga memastikan yang konsol itu bukan yang discless kerana disk itu akan sentiasa menjadi ‘kunci’ untuk bermain game tersebut.

Malah, semua kandungan tambahan yang telah dibeli di konsol generasi masakini seperti Season Pass akan dibawa sekali melalui naiktaraf ini.

Apabila sudah melengkapkan naiktaraf itu, pemain akan tetap boleh bermain game itu di konsol generasi sebelumnya (PS4, Xbox One).

Far Cry 6 akan dilancarkan pada 18 Februari 2021, Assassin’s Creed Valhalla pada 17 November 2020 dan Watch Dogs: Legion pada 29 Oktober 2020.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Ubisoft Paparkan 2 Trailer Sinematik Far Cry 6, Sahkan Tarikh Pelancaran

Ubisoft Forward Diumumkan Pada Julai Ini - Acara Digital Memperlihatkan Game Baru Ubisoft

Satu Lagi Ubisoft Forward Akan Diadakan Pada Tahun Ini