Frontier Foundry dan Okomotive telah mengumumkan beberapa butiran penting untuk game seterusnya dalam universe FAR, iaitu FAR: Changing Tides, antaranya tarikh pelancaran, pembukaan pra-tempah dan banyak lagi.
FAR: Changing Tides akan dilancarkan pada 1 Mac 2022 untuk PC, Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox Series, dan Xbox One.
Berita gembira lagi kepada pelanggan Xbox Game Pass, game ini akan terus masuk ke dalam langganan itu pada hari pertama pelancaran.
Pembukaan pra-tempah juga kini telah dibuka, dan berikut adalah pautan pra-tempah untuk setiap platform:
- Steam
- Epic Games Store
- Windows
- PlayStation
- Xbox
- Nintendo (pra-tempah akan dibuka pada Februari)
FAR: Changing Tides merupakan sebuah game yang membawakan pemain ke satu pengembaraan menaiki kenderaan steampunk yang penuh dengan suasana dan muzik yang menenangkan. Dunia pada ketika itu berada dalam pasca-apokalips, perjalananannya dipenuhi dengan kawasan yang dilanda banjir.
FAR: Changing Tides merupakan game kedua dalam siri FAR, yang mana game pertamanya adalah FAR: Lone Sails.
Comments
Loading…