in , ,

Fantasy Mage: Indie Game Dari Developer Anak Watan!

fantasy-mage-001

Scene game di Malaysia berkembang pesat mengikut arus peredaran masa. Tidak kira anda bermain apa jenis game dari PC ke console ataupun mobile. Dan yang lebih mengagumkan ialah kini terdapat anak watan kita yang mampu menghasilkan game.

Fantasy Mage dari developer Illogical Games merupakan 100% buatan Malaysia – dan yang lebih membanggakan ialah pemilik Illogical Games iaitu saudara Amarul Natenan bergerak secara sendiri dalam menghasilkan game indie ini.

Game berkonsepkan action role-playing hack and slash ini boleh dimainkan di PC dan juga mobile IOS dan Android. Akan berada di pasaran pada 16 Februari 2016, korang boleh miliki game ini di Steam ataupun gamestore mobile korang.

Jom kita usha sedikit trailer game Fantasy Mage ini:

Secara amnya akan terdapat 3 elemental yang akan digunakan iaitu api/air/tanah, begitu juga musuh, mereka juga mempunyai elemental tersebut. So korang kena bijak memilih elemental mana yang sesuai digunakan. Terdapat juga 3 loadout di dalam game ini iaitu kasut, topi dan juga armor. Semua ini akan drop daripada musuh yang telah korang bunuh.  Auto-attack sistem digunakan dimana musuh yang dipilih akan ditembak sehingga mati dan barulah sasaran baru dipilih. Game ini menjanjikan loot yang begitu banyak dan juga updgrading, dan dianggarkan game ini mempunyai sehingga 60 level untuk dimainkan. Game ini boleh di beli dengan harga RM12.00.

Penulis begitu bangga kerana kita sudah pun berada ditahap menghasilkan game, walaupun berskala kecil namun diharap ini mampu menjadi batu loncatan untuk kita menghasilkan lebih banyak lagi game yang bertaraf antarabangsa.

Apa lagi guys! Support la usaha anak watan ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh terus ke laman web Fantasy Mage di Fantasy Mage – Illogical Games ataupun follow di Facebook – Fantasy Mage.

Dan seperti biasa nantikan review BBoBB dari JomGaming tak lama lagi! Tungguuuu!

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Berapa Besarkah Map The Division Jika Dibandingkan Dengan GTA V & Fallout 4?

Street Fighter 5: Siri Character Intro: Vega – Jejaka Cakar Bertopeng!