in , , ,

Fantasy Mage: Boleh Beli Or Boleh Blah?

fantasy-mage-001

Fantasy Mage, sebuah game indie khas untuk pengguna mobile dan juga PC. Adakah berbaloi untuk dimiliki ataupun tak? Jom follow review Boleh Beli or Boleh Blah dari kami.

JomBacaFantasy Mage: Indie Game Dari Developer Anak Watan!

Game Hack n Slash Dari Developer Malaysia

Fantasy Mage ini merupakan game indie berkonsepkan action-role playing hack and slash. Bagi mereka yang masih tidak tahu lagi, game ini adalah milik anak watan kita dari developer Illogical Games.

Game ini memerlukan korang mengawal seorang mage perempuan kecil di dalam misinya mempertahankan kampungnya dari serangan askar-askar tengkorak yang datang menyerang.

fantasy-mage-006

Korang perlu mencari dan membunuh kesemua askar-askar tengkorak ini yang berkeliaran di sekeliling kampung korang dan setelah habis kesemua musuh-musuh itu barulah korang boleh proceed ke level seterusnya.

Gameplay untuk game ini amat mudah, korang hanya perlu klik arah untuk menggerakkan mage cilik ini dan juga klik pada musuh sekiranya korang mahu menyerang, dan mage ini akan menyerang musuh yang korang klik secara automatik.

fantasy-mage-007

Sekiranya korang merasakan game ini mudah dan senang, mungkin korang silap. Membunuh musuh mungkin mudah, tetapi korang perlu memilih elemen yang betul kerana setiap musuh yang muncul mempunyai elemen-elemen yang berlainan.

Korang akan diberikan 3 jenis elemen asas iaitu api, air dan tanah. Musuh juga mempunyai kesemua elemen itu dan korang perlu bijak memilih elemen yang bersesuaian untuk memudahkan korang untuk menewaskan musuh-musuh tersebut.

Ada Sistem Upgrade Untuk Armor Dan Spell

Memandangkan game ini berkonsepkan role-playing games dan dianggarkan mempunyai lebih kurang 60 level untuk ditempuhi, adalah tidak mustahil untuk korang upgrade stat, armor dan spell korang bagi menghadapi musuh-musuh yang akan bertambah kuat setiap kali korang melangkah ke level yang berikutnya.

fantasy-mage-002

Ada 4 stat yang korang boleh upgrade iaitu Rage – kekuatan spell air & kelajuan serangan, Focus – kekuatan spell api & reload speed, Stamina – kekuatan spell tanah & kelajuan pergerakan dan Constitution – nyawa watak.

fantasy-mage-003

Bagi armor pula, terdapat 3 slot yang boleh digunakan untuk topi, kasut dan juga baju. Setiap armor ini boleh korang dapatkan dengan cara loot dari setiap musuh yang korang bunuh, dan setiap armor ini mempunyai stat-stat yang tersendiri.

Jadi korang perlu bijak memilih armor mana yang sesuai digunakan bergantung pada keadaan musuh yang perlu korang lawan.

Grafik

Secara keseluruhan, grafik bagi game ini amatlah menarik. Model bagi mage cilik dengan tongkat, buku spell dan juga pakaian menampakkan perwatakan seorang ahli sihir yang sebenar dan juga askar-askar tengkorak yang kelihatan ganas dan menyeramkan.

Selain itu suasana kampung juga menarik dengan pemilihan pokok-pokok, perigi dan juga rumah-rumah kayu.

Kekurangan dan Kelemahan

Setelah bermain beberapa ketika game Fantasy Mage ini, penulis dapat menangkap beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki oleh developer.

fantasy-mage-005

Antaranya ialah icon spell dan juga icon armor. Amat mengganggu penglihatan penulis melihat icon-icon tersebut yang hanya seperti dilukis dengan tangan dan ini mungkin disebabkan kesuntukan masa dan mungkin developer tidak mempunyai idea untuk icon ini. Bagi penulis ini amat merugikan kerana model bagi mage dan juga pihak musuh amat menarik tetapi developer memandang remeh benda-benda kecil seperti ini.

Selain itu, penulis kadang-kala menghadapi kesukaran menggerakkan watak, kerana tersangkut dan juga bergerak ke arah lain. Audio juga sedikit membosankan kerana hanya lagu sama sahaja dimainkan untuk setiap level dan bunyi mage bila dipukul amat kelakar dan juga bunyi musuh juga amatlah tidak sedap untuk didengari.

Namun begitu, penulis berasa bangga kerana ada anak watan kita yang mampu menghasilkan game sebegini dan masih boleh diperbaiki dan penulis mendoakan semoga Illogical Games dapat terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak game yang bermutu di masa hadapan.

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BELI! – Sekiranya korang merupakan peminat game berkonsepkan Hack and Slash, maka game Fantasy Mage ini amatlah sesuai untuk dimiliki. Mudah dan santai, game ini pasti boleh menghilangkan stress dan boleh dimainkan sejenak sekiranya korang di stesen LRT sambil menunggu ketibaan LRT. Selain itu, game ini juga sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana tidak memiliki unsur-unsur ganas dan juga watak comel mage ini pasti dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain.

BOLEH BLAH! – Bukan peminat game Hack and Slash? Maka game ini bukan lah pilihan korang, pengulangan yang sama setiap mission, tiada boss level dan tiada variasi di dalam gameplay mungkin sedikit sebanyak akan membuatkan korang cepat berasa bosan dengan game ini.

+ Gameplay yang mudah dan menarik.
+ Watak yang comel.
+ Seronok untuk dimainkan di mobile.
+ Mempunyai sistem upgrade spell dan armor.
+
 
Sesuai untuk kanak-kanak.

Icon-icon spell dan armor yang tidak menarik.
Audio yang membosankan.
Pergerakan watak yang kadang-kala sangkut
Tiada replay value yang tinggi.

Sekiranya korang berminat untuk bermain game ini boleh la dapatkan dengan harga RM12.00 di IOS app store bagi pengguna Apple, Play Store untuk pengguna android dan bagi pengguna PC boleh saja melawati laman web Illogical Games.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tales of Beseria: Trailer Ke-3 Baru Release Oleh Majalah V-Jump!

JomRakam! Ep. 12: Ninja Robot Menceroboh Kubu!