Steam ditinggalkan.

Selain mendedahkan yang versi beta Fallout 76 adalah game yang sama dengan game penuh, serta segala progress dalam beta akan dibawa ke game penuh; FAQ di laman web Fallout 76 turut mendedahkan platform mana game ini dilancarkan.

Bethesda menyatakan yang Fallout 76 tidak akan dilancarkan di Steam, sebaliknya game ini hanya akan boleh dimuat-turun dari Bethesda.net. Kedua-dua versi, versi beta dah game penuh, perlu didapatkan dari laman rasmi Bethesda itu.

Ia satu tindakan yang agak mengejutkan daripada Bethesda. Tidak mahu melancarkan game ini ke Steam, iaitu platform gaming yang paling ramai pengguna di dunia ialah satu tindakan yang agak berani. Melihat perancangan Bethesda ini, kita mungkin boleh membuat kesimpulan awal bahawa mereka benar-benar yakin dengan Fallout 76 sehingga ia bakal mampu menarik ramai pemain ke laman rasmi mereka.

Kita saksikan bagaimana strategi mereka ini akan berjaya ataupun sebaliknya.

Fallout 76 akan dilancarkan sepenuhnya pada 14 November 2018 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.