Menu
in , , , , ,

Fallout 76 Adalah Game Sepenuhnya Online, Terokai Dunia Pasca Apokalips Bersama Rakan-Rakan

Dalam sidang media Bethesda di E3 2018 yang berlangsung pagi tadi, syarikat game itu telah berkongsi kepada kita pelbagai info tentang game akan datang mereka, Fallout 76.

Antara info terbesar yang didedahkan adalah game ini adalah sepenuhnya online, walau bagaimanapun, pemain tetap diberikan pilihan untuk bermain secara solo. Pemain tidak akan kehilangan segala progression sekiranya mereka mati.

Pemain tidak akan melihat server apabila bermain secara online, sebaliknya pemain akan dengan mudah untuk menyertai pemain yang berdozen. Semestinya, korang boleh bermain bersama dengan rakan-rakan korang.

Bethesda menyatakan yang pilihan pemain adalah sangat penting, jadi korang akan boleh memutuskan siapa yang hero dan siapa yang penjahatnya. Dalam gameplay yang telah diperlihatkan, yang korang boleh saksikannya di bawah, ramai pemain diperlihatkan sedang bertempur, bermain alat muzik bersama, melawan makhluk asing, mempunyai emosi, crafting — dalam kata mudah, semua yang korang boleh lakukan dalam siri Fallout, tapi lakukannya bersama rakan-rakan.

Dan semestinya, Bethesda telah mengumumakn yang Fallout 76 akan menemui para pemain pada 14 November 2018 di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version