in ,

Fallout 4: Max Stats Dengan Pantas!

Dengan bantuan Dogmeat, korang akan jadi super human dalam masa beberapa minit sahaja!

Caranya mudah saja, tapi korang perlukan Dogmeat sebagai companion.

  1. Balik ke rumah asal korang.
  2. Pergi ke bilik Shaun dan cari buku “You’re SPECIAL”. Ambil buku tersebut.
  3. Drop buku tersebut dan suruh Dogmeat fetch buku tersebut. Apabila Dogmeat sudah hendak tunduk mengambil buku tersebut, korang pun ambil buku tersebut pada masa yang sama.

Jika korang dapat melakukan pada masa serentak, korang akan nampak buku tersebut dalam inventori korang dan juga inventori Dogmeat. Gunakan buku itu untuk +1 pada apa-apa stats yang korang nak!

Ulang sampai korang puas. Selamat menjadi OP dalam Fallout 4 😀

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberfusion 2015: Tournament E-Sports Bermula!

Cyberfusion 2015: LAN Party dan E-Sports Tournaments Berakhir!