in , , ,

Fallout 4: 3 DLC Telah Diumumkan!

Nampaknya Bethesda betul-betul sibuk selepas melancarkan Fallout 4 pada bulan November lepas. Kini peminat siri Fallout boleh kembali dengan pengembaraan yang baru!

Bethesda telah mengumumkan bahawa setiap satu DLC tersebut akan dipasarkan pada Mac, April dan May. DLC tersebut diberi nama Automatron, Wasteland Workshop dan Far Harbor.

Automatron
Harga: RM 40.00
Tarikh: Mac 2016

Fallout4_DLC_Automatron01Sebuah Mechanist telah membawa bencana ke Commonwealth dengan robot yang bakal membawa kemusnahan! Buru dan tewaskan robot-robot ini dan bina robot sidekick anda sendiri! DLC ini bakal membawa pelbagai mods, armor, senjata dan banyak lagi!

Wasteland Workshop
Harga: RM 20.00
Tarikh: April 2016

Fallout4_DLC_WastelandWorkshop02Bosan dalam dunia Fallout kerana anda dah terlalu OP? Wasteland Workshop bakal membawa cabaran kepada anda kerana anda akan berpeluang bertarung dengan pelbagai mahkluk yang dibawa ke workshop ini. Workshop apa ni!? DLC ini turut memberikan pemain peluang untuk memberikan nafas baru bagi penempatan anda dalam Fallout 4 nanti!

Far Harbor
Harga: RM 100.00
Tarikh: Mei 2016

Fallout4_DLC_FarHarbor03DLC Far Harbor ini akan membawa pemain kembali ke Agensi milik Valentine dan cuba menyelesaikan misteri melibatkan seorang gadis muda dan sebuah koloni synths yang tersembunyi! DLC ini bakal menyediakan peluang untuk pemain menyertai faction yang baru. Bersedia menghadapi mahkluk-mahkluk merbahaya yang baru bersama peralatan yang lebih powerful!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

ASEAN Reunion Tekken Tournament: Mana Dia Fighters Malaysia?

For Honor: 7 Fakta Menarik Tentang Game Pertarungan Pedang Zaman Silam Ini!