in , , , ,

Fall Guys Versi Mobile Sedang Dibangunkan Untuk Pasaran China

Apabila Fall Guys: Ultimate Knockout dilancarkan untuk PC dan PS4, satu persoalan yang ramai tanyakan: apakah game ini akan dikeluarkan untuk versi mobile?

Kita mungkin sudah mendapat butiran pertama versi mobile untuk game battle royale ini. Penganalisis industri tersohor, Daniel Ahmad telah berkongsikan trailer pelancaran Fall Guys, namun dengan sedikit perbezaan iaitu kelihatan nama Bilibili sebagai antara penerbit.

Menurut Daniel, Bilibili merupakan syarikat game dan hiburan dari China. Bilibili dilaporkan telah berjaya mendapat hak untuk menerbitkan versi mobile Fall Guys untuk pasaran negara Tembok Besar itu. Beliau tidak dapat mengesahkan perkara ini secara tepat, tapi beliau merasakan ini merupakan pengesahan kepada pembangunan versi mobile Fall Guys.

Sekiranya laporan ini adalah sahih, pastinya membangunkan versi mobile untuk pasaran China adalah langkah pertama sebelum mereka melancarkan pula versi mobile untuk pasaran global. Sama-sama kita nantikan perkembangan berita ini.

Buat masa ini, Fall Guys hanya boleh dimainkan di PC dan PS4. Kalau korang nampak di store-store mobile, itu hanyalah scam, seperti yang didedahkan tweet rasmi Fall Guys.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ikea Taiwan Keluarkan Katalog 2021 Bertemakan Animal Crossing

Ikea Taiwan Keluarkan Katalog 2021 Bertemakan Animal Crossing

Saksikan 23 Minit Video Tutorial Demo No Straight Roads - Belajar Gerakan-Gerakan Asas

No Straight Roads Kini Dilancarkan Untuk PC, PS4, Switch, Xbox One – Ini Trailer Pelancaran