in , , , ,

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Siapa sangka, di kala trend gaming masakini dipenuhi dengan game-game AAA seperti genre shooter, MOBA, single-player story, bola sepak dan lain-lain — ada sebuah game yang cukup berbeza muncul di tengah-tengah menonjolkan diri untuk meraih populariti global.

Fall Guys: Ultimate Knockout sebagai antara game yang paling banyak disebut sejak seminggu dua ini tidak boleh kita nafikan. Hari pertamanya sahaja server sudah sesak, kemudian memotong kedudukan Grand Theft Auto V sebagai antara game paling popular di Steam, serta telahpun berjaya mencapai jualan 2 juta unit di Steam.

Jadi, jom kita bincangkan — apakah populariti game ini benar-benar berbaloi untuk dinikmati bersama?

Istana Takeshi

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Mungkin ada yang tertinggal bas atau menetap di dalam gua sejak beberapa minggu ini dan tidak tahu apa sebenarnya Fall Guys ini.

Game yang dibangunkan oleh Mediatonic dan diterbitkan oleh Devolver Digital ini adalah sebuah game yang berinspirasikan daripada Istana Takeshi, satu rancangan televisyen dari Jepun yang cukup popular di seluruh dunia suatu ketika dahulu, tapi game ini membawakan pendekatan berlainan dengan pengenalan karakter-karakter yang lebih comel.

Sama seperti Istana Takeshi, ia sebenarnya adalah sebuah game battle royale yang mana para pemain perlu melepasi pelbagai halangan untuk terus kekal dalam permainan, dan layak ke peringkat-peringkat seterusnya. Bermacam arena atau mini game yang disajikan yang ianya kelihatan mudah, tapi sebenarnya tidak sama sekali.

Comel, Tapi Geram

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Peringkat pertama menampilkan mini game yang mudah untuk difahami iaitu pemain hanya perlu berlari ke garisan penamat di hadapan, walau bagaimanapun, tentunya ia akan dipenuhi dengan pelbagai halangan yang lucu (dan menyakitkan hati!) seperti kipas gergasi berpusing, lantai bulat berputar, pintu yang terbuka tertutup, buah-buah gergasi yang ditembak dan banyak lagi lompatan-lompatan yang mencabar.

Kemudian, peringkat-peringkat seterusnya akan divariasikan dengan mini game yang lebih unik dan menarik. Ada mini game yang berpasukan seperti bermain bola seumpama Rocket League, menolak bola gergasi bersama rakan ke garisan penamat. Akhir sekali, beberapa pemain terakhir yang masih hidup akan dicabar dengan arena yang lebih mendebarkan.

Mulanya kita akan merasakan game ini adalah game comel yang hanya untuk bergelak ketawa. Tapi setelah kita tahu bagaimana untuk main, ditambah pula dengan rencah pemain lawan lain yang ‘dengki’ dan sentiasa mengambil kesempatan terhadap kita, barulah kita mengambil posisi duduk yang serius dan cuba sungguh-sungguh untuk memenangi game ini.

Rakan Sepasukan Lemah

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Salah satu kritikan utama yang dilontarkan ramai pemain ialah terhadap arena-arena berpasukan yang perlu dilepasi walaupun pada akhirnya nanti, hanya satu individu yang dinobatkan dengan Crown.

Ramai yang tidak berpuas hati apabila bermain arena berpasukan ini adalah disebabkan rakan-rakan sepasukan yang lemah, akhirnya membawa kepada kegagalan mereka untuk layak ke peringkat seterusnya kerana apabila satu pasukan berada di kedudukan terakhir, kesemua pemain dalam pasukan itu akan disingkirkan. Ia seperti sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang ingin mendapatkan Crown kerana rakan sepasukannya yang lemah tapi mereka terpaksa sama-sama menanggungnya.

Namun, pada pendapat penulis, arena berpasukan ini menarik juga sebenarnya. Ia menambahkan rencah kepada randomness dalam game yang comel lote dan mencuit hati ini. Kita mula marahkan rakan sepasukan lain sebagai punca mereka kalah, walaupun kadang-kala mereka juga tidak hebat mana pun. Hanya menyalahkan rakan sepasukan sebagai kambing hitam.

Malah, arena-arena berpasukan itu sendiri memang menghiburkan untuk dimainkan. Misalnya, arena Rock n Roll adalah satu mini game yang sangat memerlukan kerjasama sepasukan yang mantap. Untuk menolak bola gergasi ke garisan penamat sambil perlu melalui bermacam halangan pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan.

Boleh Ditambahbaik

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sebagai sebuah IP baharu dan boleh dikatakan game pertama yang seumpama ini, semestinya Fall Guys mempunyai banyak fungsi yang harus diperbaiki serta ciri-ciri yang perlu ditambah.

Antara ciri yang mereka perlu tambahbaik ialah memaparkan di skrin senarai rakan (dalam party sama) yang masih hidup/layak ke peringkat seterusnya. Ketiadaan UI ini membuatkan kita tertanya-tanya sama ada rakan kita telah tersingkir atau layak selepas satu-satu pusingan. Sekiranya kita berada dalam party chat yang mempunyai mikrofon, bolehlah kita berbual, namun ia jadi masalah apabila bermain dengan rakan yang tiada mikrofon.

Selain itu, satu lagi masalah Fall Guys apabila bermain bersama rakan ialah apabila kita sudah tersingkir, dan rakan telah layak, kita akan melihat (spectate) pemain lain yang bukan rakan kita dalam party yang sama. Kita terpaksa menekan butang dan mencari satu per satu pemain lainyang masih hidup sehingga kita jumpa rakan kita untuk melihat gameplay mereka.

Ya, ciri-ciri yang disebutkan ini bukanlah ciri yang game-breaking, namun untuk menarik para pemain untuk sentiasa kembali menikmati game ini, tentunya ianya adalah penting.

Mesra Keluarga

Pembangun Fall Guys Harap Mereka Boleh Ikuti Kejayaan Rocket League

Dari segi gameplay dan pengarahan seninya sudah semestinya Fall Guys adalah sebuah game yang mesra keluarga dan menarik perhatian kanak-kanak. Tapi, ada dua penambahan yang penulis rasakan sekiranya ditampilkan ke dalam game ini, pastinya akan menjadi sebuah game yang jauh lebih mesra keluarga dan kanak-kanak.

Pertama, Mediatonic perlu menambah jumlah maksimum untuk kita squad-up dalam party yang sama. Pada ketika ini, mereka hanya membenarkan sehingga 4 pemain. Penulis merasakan Fall Guys perlu membenarkan sehingga 8 pemain untuk squad-up. Melalui cara ini, kita dapat menikmati game ini dengan lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan lain.

Kedua, Fall Guys perlu menambah keupayaan untuk bermain secara splitscreen. Ciri ini umpama ciri yang ‘wajib’ untuk menarik lebih ramai ahli keluarga dan kanak-kanak untuk mencuba game ini. Ia merupakan satu game yang sangat sesuai untuk bermain secara splitscreen, bergelak ketawa dengan insan di sebelah.

Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Fall Guys: Ultimate Knockout merupakan sebuah game yang mudah untuk difahami dengan butang kawalan yang ringkas, namun ia sukar untuk dimahirkan, membuatkan game ini amat seronok untuk dimainkan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Dari segi gameplay, ia sudahpun mantap, namun untuk menjadi game yang terus kekal popular, pihak pembangun harus terus memperbaiki beberapa ciri serta menambah bermacam kandungan baharu terutamanya arena-arena yang lebih unik dan menghiburkan; menambah ‘practice mode’, atau mode offline untuk bermain bersama AI, serta ‘custom match’ untuk rakan-rakan mengadakan parti tertutup.

Fall Guys: Ultimate Knockout boleh dibeli di PC (Steam) dan PS4. Untuk PS4, ia merupakan game percuma untuk langganan PlayStation Plus bulan Ogos, namun sekiranya korang tidak mempunyai langganan tersebut, boleh belinya juga secara berasingan.

+ Gameplay lucu, menghiburkan
+ Karakter comel
+ Arena unik, mendebarkan

– Paparan UI perlu ditambahbaik
– Kekurangan kandungan

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Pasukan FIFA Pro Clubs VPG Malaysia

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Pasukan FIFA Pro Clubs VPG Malaysia

No Straight Roads Turut Dilancarkan Serentak Ke 4 Platform, Local Co-Op Diumumkan - Saksikan Trailer Terbaru

No Straight Roads Akan Tampilkan Sarikata Berbahasa Malaysia